Monday, April 25, 2011

minta maaf

assalamualaikum..

tiba-tiba terasa nak minta maaf..maaf kan saya..maaf kan saya...maaf kan saya abah!!

tiap doa aku selepas solat, sekiranya aku alpa atau lalai, sedarkan lah aku secepat mungkin..agar aku tidak terus hanyut lebih jauh lagi..alhamdulliah Allah makbulkan doa aku, apabila setiap perkara yang tidak sepatutnya aku buat atau aku telah menguriskan hati sesiapa, Allah pasti gerakkan hati aku bahawa perbuatan atau kata-kata aku itu mampu membuat orang terguris..

maaf..maaf..maaf..maaf abah!! kadang-kala kita fikir kita terlalu dewasa dan merasa kita ada hak untuk membangkang. tapi sedarkah kita perbuatan atau kata-kata kita tersebut mampu menguris hati-hati mereka yang terlalu sayangkan kita..

maaf..maaf..maaf..maaf abah!!aku sentiasa mahu menjadi anak baik untuk kamu.. maaf kan aku, anak mu yang masih rindukan teguranmu..

maaf..maaf..maaf..maaf abah..

Tuesday, January 11, 2011

i miss you

Awak jauh..
Yes! awak memang jauh beribu batu
Kerna kita mencari ilmu yang dituju
Jangan dihalang nawaitu itu
Kerna saya tahu awak manusia yang mahu maju

Awak jauh..
Kasih kita di ruang benua yang luas
Menyulam rindu di alam maya entah berbalas
Berbahasa cinta indah yang amat beralas
Wahai hati, sabarlah jangan ada culas

Awak jauh..
Kadang terdetik di hati usikan curiga
Tapi minda berfikir, bermunajatlah berdoalah
Kerna awak saya manusia yang lemah
Hanya DIA yang maha mengetahui dan mendengar

Awak jauh memang jauh..
Tapi terlalu dekat di hati saya..


p/s : klau ade jodoh nya die, nanti tunjuk entry ni kat die haha

Monday, January 3, 2011

pray from your heart

assalamualaikum semua.. ada sihat ka?? sempat lagi kot aku ucapkan selamat tahun baru or happy new year to all. ape dah terlambat??ade aku kisah haha nasib aku tak ucap selamat hari raya. wei ape azam untuk 2011 ni. pergh macam2 azam tu. nak kahwin la (aip mcm best je azam ni hehe),azam nak kurus,azam nak study rajin. tak kisah lah apa pun azam kalian, yang penting azam tu kena la direalisasikan.dah2..aku bkn nak cite pasal azam, but aku nak cite pasal solat or in english ye murid2 pray.

aku paling tersentuh hati sangat bile tengok lelaki solat. sejak kecik-kecik lagi aku suke tengok org lelaki solat. bile lelaki solat, terasa wajahnya tenang aje, ikhlas dalam setiap lafaznya kepada Allah. kadang-kadang tu rasa nak jd makmum die je. but really nice bile tengok seseorang,masih menunaikan kewajipan seorang muslim walaupun dalam kesejukkan, siap pakai kasut, baju tebal dan sujud di atas sejadah berlapikkan salji.dan wajahnya amat-amat tenang. harap satu hari nanti aku dapat jd makmum dia dan dia sebagai imamku nanti.insyaAllah.

oklah nak tido.buat cover letter dan resume pun satu hari. aik cik farah oit rajin-rajinkan lah diri anda itu hehe gd night sume :)

Sunday, November 14, 2010

sedih ke?

assalamualaikum umat donia.. sape2 yang dok kat donia lagi, sila la jawab. agak2 berada di alam lain, dah macam misteri nusantara le plak huhu hari ini hari isnin 15hb 11 2010, akan berangkat lah beta dari daerah seri iskandar ke teluk intan.. jauh perjalanan ni..jauh ke farah??usah le ko nak tipu farah oii hehe

alhamdulliah dah complete pon misi aku menuntut ilmu 3thn.lepas ni misi cari kerja plak..nak bayo ptptipu..dah le pinjam sikit jer, tp kena bayor lebih..ribaq tol le ptptn ni huhu 3thn, macam2 kenangan manis,pahit,masam, ikan sweet n sour dan sebagainya aku tempuh..i learnt many things :)thanks sebesor padang bola buat lecturer, friends, pak guard, owner kedai mkn yg sentiasa kami lawati..big2 thanks ok

untuk diri sendiri,sebab nak mengedorkan diri hehe farah, awk dah ada ilmu,sekarang time awak cari kerja (dapat duit aku nak beli kereta) haha niat pon dah salah farah oii..ready bayor balik mak abah investment kat ko, dan bersedia untuk membina keluarga haha buat yg masih dalam misi tertentu, chaiyok2 dan teruskan kayuhan koang k!! all da best :)

Friday, October 1, 2010

kenangan muda-muda

Salam..
Selamat malam Malaysia. Ops bukan nak cerita pasal Malaysia tapi nak cerita sikit pasal zaman kanak-kanak. Al-kisahnya bermula, bila aku pergi minta movie dekat housemate aku. Ntah macam mana aku tertengok tali pinggang yang cantik tergantung dalam bilik housemate aku. Satu warna putih dan satu lagi warna coklat. Maka terbuka la cerita yang abah aku dulu selalu, eh bukan-bukan, kadang-kala sedap sikit dengarnya. Karang orang ingat aku ni notty sangat. Hehe Tapi kenangan inilah yang membuatkan aku mengenal dunia dan belajar apa maksud "baik". Abah dulu selalu juga merotan dan melibas tali pinggang dekat aku dan adik-beradik yang lain.

Agak-agak buat benda yang dimurkai abah, maka dapatlah "wang besar" dari Encik Abah. Paling aku ingat, abah siap bagi choice pada kami untuk memilih bentuk hukuman. Abah tanya "angah, kamu nak yang besar ke kecik?". Yang besar ialah sulak bulu ayam. Tambah-tambah kalau abah rotan tang bahagian yang ada bentuk cangkuk tu. Memang tangan dapat "autograf free" le. Lepas kena rotan, kami adik-beradik akan tengok tangan masing-masing. Ayat biasa, "eh, ko punye bentuk cangkuk senget le", "asal tangan ko tak merah hah"? dan beberapa ayat tak puas-hati kami untuk abah. Time tu, mula-mula aje nangis dan marah-marah dan selalunya aktiviti ini dilakukan dalam bilik. Naya woi kalau cakap depan abah. Nakalnya kami. Hehe. Tapi lepas sejam, kami keluar bilik, keadaan back to normal. Tegur abah balik dan buat-buat macam tak ada apa yang berlaku. Dan mengikut statistik yang diperolehi, akulah anak yang paling banyak mengumpul markah untuk dirotan. Al-maklum le, nakal tak hingat dunia.





But thumb up to abah sebab mengajar aku menjadi seorang manusia dan bukan orang. Bak kata pepatah, sayangkan anak tangan-tangankan. Aku sokong sangat. Andai abah tak menggunakan kekerasan sedikit, mungkin aku akan lupa kesilapan aku dan pasti aku akan ulangi kesilapan itu berulang-kali. Dan alhamdulliah, akhirnya anak abah yang selalu kena rotan ni, berjaya. Pada abah, sapa kata abah kejam?sapa kata abah tak sayang anak? sapa kata abah benci kami? Abah buat semua ini, sebab abah terlalu sayangkan kami. Moga abah peroleh keberkatan selalu. InsyaAllah.

Tuesday, September 28, 2010

kerna sayang

Salam.. Kali ini adalah second post aku. Tiba-tiba hati terdetik, ada rindu di hati rupanya. Dalam sibuk menyiapkan kerja dan assignment yang tiba-tiba menampakkan wajah mereka, masih ada ruang dan taman dalam hati ini. Sihatkah dia? Telah sampaikah di benua sana?sayangkah dia pada diri ini? soalan ketiga pasti tiada jawapan nya. kerana ia terlalu misteri..

Tapi bagi diri ini, aku menyayangi dan mencintai setiap mereka kerana Allah. Jawapan paling senang dan paling ringkas. Apabila kamu mencintai seseorang kerana Allah, andai satu hari nanti kamu terpaksa melupakannya dan melepaskannya, percayalah hati kamu tidak akan marah kerana kamu percaya perpisahan yang terjadi adalah kerana takdir Allah. Dan akan adalah redha di hati ini.

"Cintilah dan bencilah seseorang kerana Allah". Inilah ayat yang aku pegang dan simpan apabila aku mula sayangkan seseorang itu. Aku berkata begitu kerana aku taknak suatu hari nanti, tiba-tiba dia hilang dari pandanganku, dan aku menyalahkan keadaan dan sesiapa. Biarlah hati ini redha ya Allah. Sayang tak perlu diucap tapi perlu disuburkan. Cukup-cukuplah sayang-sayang itu izzfar oit, meh le sambung buat kerja balik. Kerna sayang aku tinggalkan kalian. Adios





Saturday, September 25, 2010

D.O.A

Dalam doa ini...
Aku bercerita dengan Dia
Tentang impianku, tentang sedihku, tentang cintaku
Dalam impianku yang setinggi gunung seluas lautan
Dalam sedihku yang merobek jiwa kecik ku
dan dalam cinta putihku yang agung menuggu

Dalam doa ini...
Aku sujud menyembahMu
Mencari sisa-sisa taubatku, agar aku kembali rapat dan erat dengan Mu
Dalam tangis syahdu itu, aku bermunajat agar masih ada ruang untuk aku terus mengadu
Bercerita untuk segalanya

Dalam doa ini..
Dua tapak tangan ditadah penuh dengan berjuta doa
Doa yang terbaik untuk semua insan di hati
Doa yang mampu meniupkan semangat juang yang ampuh
Doa yang tidak putus memohon kerinduaanNya di hati
Berdoalah selagi mampu
Kerna hanya Dia pemakbul dan pendengar yang sempurna






Labels: