kerna sayang
Salam.. Kali ini adalah second post aku. Tiba-tiba hati terdetik, ada rindu di hati rupanya. Dalam sibuk menyiapkan kerja dan assignment yang tiba-tiba menampakkan wajah mereka, masih ada ruang dan taman dalam hati ini. Sihatkah dia? Telah sampaikah di benua sana?sayangkah dia pada diri ini? soalan ketiga pasti tiada jawapan nya. kerana ia terlalu misteri..
Tapi bagi diri ini, aku menyayangi dan mencintai setiap mereka kerana Allah. Jawapan paling senang dan paling ringkas. Apabila kamu mencintai seseorang kerana Allah, andai satu hari nanti kamu terpaksa melupakannya dan melepaskannya, percayalah hati kamu tidak akan marah kerana kamu percaya perpisahan yang terjadi adalah kerana takdir Allah. Dan akan adalah redha di hati ini.
"Cintilah dan bencilah seseorang kerana Allah". Inilah ayat yang aku pegang dan simpan apabila aku mula sayangkan seseorang itu. Aku berkata begitu kerana aku taknak suatu hari nanti, tiba-tiba dia hilang dari pandanganku, dan aku menyalahkan keadaan dan sesiapa. Biarlah hati ini redha ya Allah. Sayang tak perlu diucap tapi perlu disuburkan. Cukup-cukuplah sayang-sayang itu izzfar oit, meh le sambung buat kerja balik. Kerna sayang aku tinggalkan kalian. Adios


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home