kenangan muda-muda
Salam..
Selamat malam Malaysia. Ops bukan nak cerita pasal Malaysia tapi nak cerita sikit pasal zaman kanak-kanak. Al-kisahnya bermula, bila aku pergi minta movie dekat housemate aku. Ntah macam mana aku tertengok tali pinggang yang cantik tergantung dalam bilik housemate aku. Satu warna putih dan satu lagi warna coklat. Maka terbuka la cerita yang abah aku dulu selalu, eh bukan-bukan, kadang-kala sedap sikit dengarnya. Karang orang ingat aku ni notty sangat. Hehe Tapi kenangan inilah yang membuatkan aku mengenal dunia dan belajar apa maksud "baik". Abah dulu selalu juga merotan dan melibas tali pinggang dekat aku dan adik-beradik yang lain.
Agak-agak buat benda yang dimurkai abah, maka dapatlah "wang besar" dari Encik Abah. Paling aku ingat, abah siap bagi choice pada kami untuk memilih bentuk hukuman. Abah tanya "angah, kamu nak yang besar ke kecik?". Yang besar ialah sulak bulu ayam. Tambah-tambah kalau abah rotan tang bahagian yang ada bentuk cangkuk tu. Memang tangan dapat "autograf free" le. Lepas kena rotan, kami adik-beradik akan tengok tangan masing-masing. Ayat biasa, "eh, ko punye bentuk cangkuk senget le", "asal tangan ko tak merah hah"? dan beberapa ayat tak puas-hati kami untuk abah. Time tu, mula-mula aje nangis dan marah-marah dan selalunya aktiviti ini dilakukan dalam bilik. Naya woi kalau cakap depan abah. Nakalnya kami. Hehe. Tapi lepas sejam, kami keluar bilik, keadaan back to normal. Tegur abah balik dan buat-buat macam tak ada apa yang berlaku. Dan mengikut statistik yang diperolehi, akulah anak yang paling banyak mengumpul markah untuk dirotan. Al-maklum le, nakal tak hingat dunia.


But thumb up to abah sebab mengajar aku menjadi seorang manusia dan bukan orang. Bak kata pepatah, sayangkan anak tangan-tangankan. Aku sokong sangat. Andai abah tak menggunakan kekerasan sedikit, mungkin aku akan lupa kesilapan aku dan pasti aku akan ulangi kesilapan itu berulang-kali. Dan alhamdulliah, akhirnya anak abah yang selalu kena rotan ni, berjaya. Pada abah, sapa kata abah kejam?sapa kata abah tak sayang anak? sapa kata abah benci kami? Abah buat semua ini, sebab abah terlalu sayangkan kami. Moga abah peroleh keberkatan selalu. InsyaAllah.

